Memori Ramadhan 2012; Doa yang dimimpikan..

Pernah aku memohon untuk mati dalam keadaan sujud kepada pencipta aku Allah S.W.T. dalam tiap sujud aku, tak putus hati aku bersuara merintih untuk mati dalam sujudnya solat.

*MASJID

  Minggu pertama Ramadhan 2012 memang meriah dengan kunjungan dari para makmum dan tak lain tak bukan adalah untuk menunaikan solat sunat tarawih sempena bulan suci dalam islam itu. Aku pulak yang sejak dari kecilnya dibawa ke masjid oleh abah aku dan bila dah besar macam dah jadi tabiat untuk pergi ke masjid tiap kali Ramadhan ‘typical malay sangatkan tiap kali Ramadhan je baru jejak kaki kat masjid’. Bukan salah abah aku dalam mendidik aku untuk ke masjid tapi diri aku sendiri yang memilih untuk tak pergi ke masjid di hari-hari biasa. Tapi tulah, aku mengaku yang aku tak lah warak atau alim sangat dalam anutan agama islam ni tapi Alhamdulillah, ada sekelumit rasa sedar, rasa Allah itu wujud walaupun kita kadang-kadang atau memang selalu lupakan DIA; pencipta kita dan kalau nak dibandingkan dengan urat darah yang melekat dengan tubuh kita, DIA malah lebih dekat lagi, ALLAH. Kita sebenarnya tak de apa-apa hak pun atas diri kita sendiri, malah kita pula yang berhak untuk mengikut ajaran dan suruhanNYA yang diturunkan melalui kekasihNYA Nabi Muhammad, iaitu utusan untuk menyebarkan nur dan cahaya kepada segenap alam.

   Malam ke lima Ramadhan, aku bergegas masuk ke barisan Jemaah untuk sama-sama solat Isyak sebelum solat Tarawih, usai saja solat wajib lima waktu itu,aku dengan kawan aku, faizal borak-borak kosong sambil tunggu solat sunat tarawih. ‘weh aku mimpi pasal kau’; kata kawan aku faizal yang aku kenal sejak dari kecil. ‘kau mimpi pasal aku? pasal apa? ;bertalu-talu aku menyoal dia. Memang aku beria benar untuk tahu apa yang dimimpikan oleh faizal ni. ‘aku mimpi kau meninggal ketika sujud lepas tu kau jatuh atas riba aku’. Aku yang tadinya sentiasa senyum tiba-tiba tergamam, kaku dalam terkejutnya khabar, hati aku mula berkata-kata, ; ‘Ya Allah, ALLAHUAKBAR, inikah kuasaMU Ya Allah aku memohon untuk meninggal ketika sujud naïf di hadapanMU dan KAU telah menghantarkan petanda itu kepada kawan aku, ALLAH besar sungguh kuasaMU Ya Allah’. Aku terdiam seketika dan kawan aku menunggu selamba reaksi aku lepas dia memberitahu akan hal itu. ‘ aku ada berdoa untuk meninggal ketika sujud’; aku mula memberitahu faizal akan doa aku itu. Dia pulak hanya diam membatu, confuse mungkin samada untuk percaya atau tidak cerita aku ni. Imam mula bangun untuk memulakan solat sunat tarawih dan diikuti oleh Jemaah yang berpusu beratur memenuhi saf.


p/s: Al-Fatihah kepada Ayahanda Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat ulama’ ulung Negara dan pentadbir negeri Kelantan (1931-2015) dan pengulas sukan terkenal Negara Dato Haji Hasbullah Awang (1952-2015). Semoga di penghulu hari yang baik ini roh mereka di limpahi rahmat kurniaNYA dan tenang di alam sana. AMIN…


Comments

Popular Posts