Review Fixi Garam – Ruwi Meita

Dah lama dah sebenarnya tak tulis review apa-apa buku atau filem. Tapi buku yang bertajuk Garam ataupun tajuk asalnya ‘Misteri Patung Garam’ karya Indonesia yang diterjemah oleh penerbit buku Fixi benar-benar buat aku terkesan dengan quote-quote yang diselitkan yang penuh dengan isi-isi kemanusiaan. Sedap, itu je aku boleh cakap. Sedap.

Penulis/penyunting bijak menyusun ayat-ayat yang diterjemah supaya tidak lari dari nada bahasa yang asal. Dan kes-kes pembunuhan pula disusun rapi dan kemas menjadikan pembacaan buku ini menjadi sangat rileks tanpa mengeruk dahi untuk memikir apa-apa *kecuali debaran untuk kes-kes yang mendatang.

Sinopsisnya kau boleh baca sendiri secara kasar dibelakang buku ini dan aku yakin, habis saja pembacaan buku ini, kau akan teringat-ingat dengan perkataan ‘kampret rebus’ bahasa sumpah seranah yang digunakan oleh Inspektor saut, hahahaha. lol

Watak yang aku paling suka dalam novel ini adalah Ireng, seorang budak pencopet yang ditemui oleh Kiri Lamari, seorang pegawai polis. Aku suka penulisnya melukis watak Ireng ni, perjalanannya dalam novel ini sangat kuat dan dekat dengan watak-watak utama. Boleh tengok macam mana perkembangannya dalam cerita ni, dari seorang pencopet jalanan yang kasar, tiada adat ke seorang budak yang genius, dan di hantar ke sekolah . Juga aku suka watak matari yang multitask itu.

Garam? Kenapa garam? Iya, ini persoalan yang aku suka sejak aku membaca sinopsis buku di belakang buku ni. Banyak sebenarnya ilmu-ilmu/falsafah garam yang aku ketahui dari buku ni, dari gaji pertama manusia bekerja adalah garam, oleh itu terciptanya perkataan Salary, garam dan kegunaannya dalam pengawetan mayat atau mumia. Selain itu, ada juga perihal sejarah iaitu mitos yang mengatakan isteri Nabi Luth yang  di sumpah menjadi setiang garam kerana masih lagi berpaling ke hal-hal duniawi iaitu dia memikirkan perihal anak dan hartanya di tempat yang dibencanakan tuhan. Dan juga perihal garam yang dikatakan mencuci dosa-dosa manusia oleh sebab itu kaum nabi luth dibalikkan kawasan mereka  dengan lautan mati yang paling masin.

Isu yang paling tebal dalam novel ini adalah perihal peranan asuhan ibubapa dalam menentukan personaliti anak-anak. Contohnya dalam novel ini Rahadian & Matari di besarkan oleh seorang ibu yang tegas dan mempunyai masalah mental dan sering menghukum anak-anaknya dengan memberi makan sepiring garam untuk mencuci kesalahan yang dilakukan. Hal ini menjadikan psikologi anak-anak terganggu dan menjadikan anaknya obsess dengan garam sampai berlakunya kes-kes pembunuhan patung garam untuk mencela ibunya yang menyeksa mereka semasa kecil.

Apa-apapun, aku salute gila kt penulis ni, kak Ruwi Meita. Go and grab now! Recommended! Bukan senang nak tulis sebuah novel ni, ia memerlukan kajian yang mendalam dan melibatkan banyak pihak supaya fakta-faktanya tepat dan di tambah dengan imaginasi fiksyen penulis. Penamat sememangnya mindblowing, ia menceritakan sesuatu yang tidak kita jangka dari watak yang minor. Diolag yang paling aku suka dalam cerita ni adalah ‘kamu didapati bersalah kerana membunuh fairy godmother, masa kamu telah tamat!’.

4.5 / 5 ⭐️



Comments

  1. agak confusing. .ending tu ,agak siapa yang bunuh matari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba baca balik watak mana yang ada tahu teratai biru dileher ๐Ÿ˜Š

      Delete
    2. Aku pon lupa spe yg ade tatu tuhh...malas nk cari balik ๐Ÿ˜‘

      Delete

Post a Comment

Popular Posts