Review Novel 'Brazil' - Ridhwan Saidi
BRAZIL; Menulis surat letak jawatan susah bagi
mereka yang tidak berpengalaman. Penamat …?
Baru habis baca buku Brazil tulisan dari penulis profolik Ridhwan Saidi. Seperti biasalah air tangan beliau memang luar biasa dan sedap untuk dihadam. Walaupun pemikirannya lebih kepada experimental atau Avant garde tapi agak terbuka dan jujur.
Membaca buku ini ibarat
berkenalan dengan penulis, dia menceritakan serba sedikit waktu zaman silamnya
dan perjalanan hidupnya hingga ke detik ini. Dibelakang buku ini sudah tertulis
yang beliau telah menggarapkan pengalaman hidup di dalam buku ini berserta
review ringkas daripada novel-novelnya yang terdahulu.
Yang aku suka dalam novel ini
adalah ia menceritakan antara dua dimensi, iaitu antara penulis itu sendiri,
Ridhwan dan kekasihnya Nurul, dan Roy Osmera serta temannya Kasma Booty yang
pada mulanya menceritakan cerita yang nampak terpisah dan tidak ada kaitan dan
kemudiannya si penulis bijak menjahit cerita-cerita itu untuk dilengkap dan
dicantumkan.
Selain dari itu, jika difikir
secara terperinci, penulisnya ada menyebut tentang perihalnya yang hendak
berhenti menulis dan menumpu kearah bidang fotografi, tapi adakah benar
kenyataan itu? Kerana ia ditinggal dengan tidak berjawapan contohnya pada ayat
terakhir penulis ‘Adakah tangan penulis itu ketar kerana kepenatan menulis atau
ia tidak sabar untuk terus menulis’. Penulis juga sering mengambil pepatah dari
barat untuk menyampaikan sesuatu contohnya, ‘Jika aku berhenti menulis, aku
akan mati. Maka itulahsatu-satunya cara untuk aku berhenti menulis: mati’. –
Bukowski.
Dalam buku ini, penulis juga ada
memperkenalkan ‘photobooks: satu investigasi’ yang masih lagi asing di kalangan
pembaca Malaysia kerana ia berlainan dengan buku-buku yang sedia ada kerana ia
banyak bercetakkan visual dan bermain dengan jiwa manusia. Penulis juga
memperkenalkan istilah-istilah seperti mass culture, ghost writer, writerblock,
dan seumpamanya dan kalau nak tahu lebih lanjut pasal second order vanity,
second order salf pity kenalah baca buku ni.
Akhir sekali, penulis ada bagi
tips-tips kepada bakal penulis untuk kekal hidup di alam bahasa ini dan banyak
membebel tentang ayat ‘ I wanna quit to be a writer’ dan semestinya aku
sarankan agar belilah buku BRAZIL keluaran Fixi ini kerana tak rugi membacanya
dengan diselang-selitkan travelog penulis ke Brazil dan satu cerita yang lain
yang kemudiannya bercantum molek. Dan seperti biasalah, penulis meninggalkan penamat novel kali dengan tidak
bertali dan tergantung tanpa disimbul mati.
"Dia macam ada dua benda dalam
jurnal tu, aktiviti dengan komen, komem I suka, aktiviti ada yang slowkan pace,
aktiviti part yang best time brazil kalah tu la, bahagian tang ada komen tu I
like, dia ada energy, macam awak tulis blog, aktiviti tu a bit tell all kot,
cerita Roy very ‘another dimension’ , I ok dengan cerita Roy, kasma, En.
Fantom, En. Fantom tu kalau guna Fantom je ok ke? Feel brazil tu dah ada dah,
macam amerika la, it’s just part of it."
SINGGAH http://jmbelog.blogspot.my/2016/05/iniblogke-preloved-novel-giveaway.html
ReplyDeleteSINGGAH http://jmbelog.blogspot.my/2016/05/iniblogke-preloved-novel-giveaway.html
ReplyDelete