Review Novel 'Rayyan Fantasi - Ramlee Awang Murshid'

Assalamualaikum , dah lama dah aku tak buat review buku ni, rasa macam dah lupa macam mana nak mereview buku ni, huhu. Baiklah, untuk review kali adalah buku daripada karya penulis terkenal iaitu Ramlee Awang Murshid yang bertajuk ‘Rayyan Fantasi’. Buku ini pada mulanya aku beranggappan yang ia berkaitan dengan alam mistik atau lebih kepada saka atau seram tapi ternyata ia lebih kepada sains fiksyen, thriller , dan semestinya kisah cinta untuk mengembangkan lagi penceritaan dalam nurkilan ini.

Novel ini mengisahkan tentang Ibrahim, iaitu seorang lelaki misteri yang tiba-tiba muncul dikawasan pergunungan di kundasang, Sabah dan telah terserempak dengan Pak Majit dan anak perempuannya Supinah, warga di pergunungan itu semasa hujan yang lebat di waktu malam sambil merangkul seorang bayi. Hal ini menyebabkan Pak Majit dan Supinah menumpangkan Ibrahim untuk tinggal didalam rumah mereka. Setelah beberapa tahun. Supinah telah dijodohkan dengan Ibrahim oleh Pak Majit. Bayi yang dibawa itu membesar dan dinamakan Aiddin, dan setelah menamatkan persekolahan, Aiddin telah menyambung pelajaran di UKM di kajang, Selangor. Semasa di Universiti, aiddin telah terpikat dengan Feena, seorang pelajar perempuan yang sama fakulti dengannya. Namun, banyak halangan yang harus dilalui oleh Aiddin untuk mendapatkan cintanya termasuklah persaingan dari kawannya sendiri, Zaidan dan masalah susur galur keturunnya yang tidak diketahui oleh dirinya sendiri. Adakah Aiddin akan berjaya dalam merebut cintanya terhadap Feena? Dan dapatkah dia mengetahui siapanya dan dari mana dirinya berasal? Persoalan ini hanya akan terjawab jika anda membaca naskah ini.

Apa yang terfikir itu ada adalah tagline yang digunakan pakai untuk meninggalkan persoalan kepada pembacanya dan bagi aku Ramli Awang Murshid ni sangat bijak dalam menyusun plot cerita dan penggunaan ayat yang mudah untuk dihadam. Apa yang aku suka dalam novel ini adalah gaya penulisan yang ditunjukkan iaitu ia menceritakan sedikit situasi didalam sesuatu babak dan kemudiannya kita dapat melihat penjelasan sesuatu babak yang tadi dicerita yang belakang. (sorry kalau tak paham aku ni) tapi itulah, gaya tulisannya sama seperti cerpen yang aku baca dalam Kopi Lejen yang bertajuk ‘Coffeeman’. Huhu.

Apa yang menarik dalam novel ni lagi adalah jalan ceritanya yang aku sendiri pun tak jangka dan cara penulis menceritakan teknologi di alam fantasi itu kita boleh imagine dengan mudah. Selain iu, penambahan watak dalam novel ini memeriahkan lagi jalan cerita dan sedikit sebanyak memberi warna kepada cerita ini.


Apa-apa pun, syabas kepada penulis, idea yang sangat kreatif serta penggunaan lokasi-lokasi yang betul-betul wujud seperti kundasang Sabah, UKM, Kajang, Bangi, Negeri Sembilan dan banyak lagi. 

Comments

Popular Posts