Ceria Malam Sunggul..

Dalam gelap malam di perut bas itu, di satu sudut aku terlihat seorang pak cik tua, gigih dia menunggu ketibaan bas, di sebelah pak cik tu pula ada seorang remaja lelaki, boleh jadi anak kepada pak cik itu, dan boleh jadi jugak cucu kepada pak cik itu, penampilan dan perwatakkan pak cik tua itu buat aku kelira akan statusnya dengan remaja disebelah. Tak lama kemudian, bas yang ditunggu tiba dan pak cik itu ikut sekali bangun untuk mengiringi remaja itu. Remaja itu pula bersalaman dengan ahli keluarga yang lain dan yang terakhir sekali dengan pak cik tua tadi. Dikucup , dicium, dipeluknya pak cik tadi, boleh nampak ikatan kasih sayang yang utuh dalam keluarga itu. Sesekali , terlihat remaja itu seakan-akan tak nak melepaskan pelukkan pak cik itu dan berpesan sesuatu sebelum menaiki bas. Pak cik tu hanya angguk dan tersenyum gembira hiba, boleh nampak senyuman yang bercampur pelbagai rasa dalam senyum pak cik tua itu. Aku yang dari tadinya asyik memerhatikan tingkah laku mereka dalam bas automatik tersenyum juga, tiba-tiba jiwa rasa bahagia, kita boleh rasa hubungan kasih sayang mereka tu, kita boleh lihat kasih yang terpancar. Sungguh. Maha Besar Allah yang menyajikan aku kejadian itu berasa amat bahagia mengiringi perjalanan ke ibu kota di samping melupakan kejadian kelewatan jadual perjalanan akibat bas yang tak siap service. So terpaksalah naik bas persiaran je tapi all is well, semua ok je. Alhamdulillah..  J

2.48 pm
25/2/2015

Uitm Puncak Perdana…

Comments

Popular Posts