Satu Mesej Segera..

*Telah diutuskan Nabi Muhammad S.A.W untuk membawa Nur Ilahi ke seluruh alam. Untuk menyedarkan kita akan teruknya manusia melampaui batas hingga melanggari undang-undang yang di atas iaitu Tuhan. Dan telah juga diutuskan Nabi-Nabi terdahulu berserta cerita-cerita umat yang lalu sebagai pengajaran. Tapi kenapa manusia masih lagi ingkar dan bersifat syaitan?

Pagi itu Azlam tersedar dalam keadaan berpeluh dan rasa takut. “Awak? Kenapa ni? Berpeluh macam baru lepas lari 1000meter je ni”. Lieya yang tidur disebelah Azlam melihat pelik perlakuan Azlam dengan mata yang terbuka luas dan berpeluh. “Saya mimpi tadi, ada seorang lelaki dengan membawa rotan kejar saya sambil mengeluarkan kata-kata yang manusia ni telah melampaui batas”. Azlam cepat-cepat bangun sambil memakai semula celana yang sengaja ditanggalkan malam tadi. Lieya pula bangun dengan tubuhnya yang masih dihampar selimut dan menyarung baju dan seluar. “Cepatlah, saya hantar awak balik”. Azlam yang sudah menanti di daun pintu bersedia untuk menghantar pacarnya balik.

RUMAH


“Aku rasa aku kenal lembaga yang kejar aku dalam mimpi, sosok tubuhnya sangat familiar”. Azlam bermonolog dalam hati. “ehh, itu arwah ayah aku, ya aku kenal sekali lembaga tu.. mungkin dia mengejar aku sambil membawa rotan untuk memberi pengajaran kepada aku yang semakin lara dengan dunia ni. Ya Allah, Azlam mendail telefonnya “ Awak, jom kita berubah jadi MANUSIA”.

Comments

Popular Posts