PERASA PERASAAN


Ia aku terus terang,

Aku selalu berperang dengan perasaan aku,

Pernah cuba buat-buat tak tahu,

Tapi dia datang membelenggu,

Nak sangat aku melayan si perasaan ni,

Mungkin dia perlukan teman untuk diperasakan,

Tapi aku hiraukan,

Sebab perasa yang disuruh letak adalah racun,

Racun yang akan membunuh aku sendiri,

Kerana lepas memperasakan perasaan itu,

Aku akan mencubanya,

Dan aku tak nak cubaan aku itu

Membunuh aku, mati tapi hidup,

Mati kalau baik takpe,

Ni mati meninggalkan aib baik tak payah.




#PuisiMati

Comments

Popular Posts