Review Filem Manisnya Cinta Di Cappadocia..

Filem ‘Manisnya Cinta Di Cappadocia’ arahan Bernard chauly telah ditayangkan dipawagam bermula 11/12/2014. Filem yang diadaptasi daripada novel hasil nurkilan Anis Ayuni ini mengisahkan tentang titip-titip kisah cinta yang dilalui oleh ifti liyana lakonan fazura dan nazmi lakonan shahiziey sam. Tak sangka novel yang aku pernah baca masa form 4 ni telah diterjemahkan ke layar seni dan hasilnya tak mengecewakan. Walaupun taklah se’feeling’ ketika membaca novel tapi adaptasinya boleh dikatakan berjaya. Tahniah kepada pengarah kerana berjaya visualkan filem ini dengan baik.

  Selain itu, penggambaran di Cappadocia di turki tidak disia-siakan oleh pengarah. Buktinya banyak footage-footage yang menarik yang dirakam antaranya ketika adegan di belon udara panas, kamera movement semasa dikawasan bukit di Cappadocia. Sinematografi yang ditunjukkan oleh pengarah memang cantik dan menarik. Selain itu, shot yang diambil ketika dalam masjid juga amat menarik.
Tapi yang kantoi dalam filem ini adalah suntingan yang tak berapa kemas dan salah ‘cutting’ video di scene pergaduhan antara nazmi dan ifti di pejabat ifti di bumbung. Kalau betul-betul diperhatikan, selepas fazura berpaling, boleh nampak riak muka dia yang tersenyum sedangkan masa tu babak pergaduhan.

Selain itu, watak utama juga banyak bermain dengan khayalan minda atau berkhayal. Bagi aku ia kelakar terutama masa babak kenduri, masa dinner dengan ex dia. Watak eja yang ditunjukkan dipertengahan filem sangat menyentuh hati dan sampai ke hati penonton(sampai semua penonton dalam panggung tu terdiam).

Tapi overall, semua cantik dan menarik dan kekuatan utama filem ini adalah para pelakonnya dibarisi oleh nama-nama besar dalam industri dan ia idea yang sangat menarik untuk menarik perhatian penonton.
Harap-harap banyak lagi filem yang berkualiti dapat dihasilkan oleh pengarah tempatan ..

Tempat menonton : MBO Cinema, Space u8.shah alam( 2.50pm)


p/s: mintak maaf jika jika ada apa-apa kesalahan.. review saya terhadap filem masih lagi lemah.. *kalau salah ajari aku.. 
Assalamualaikum..   :) 

Comments

Popular Posts