Coretan Masa Kerja

#Entrythrowback

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tamat sudah kerja aku di Syarikat Muda Osman yang bercawangan di pasaraya Tesco sebagai pembantu peruncitan. Banyak pengalaman yang aku tempuh, tak kira dari sekumit-kumit hingga ke sulit-sulit. Tak lupa terima kasih juga kepada kawan-kawan yang banyak membantu sepanjang bekerja ni. Kak bella, kak fizah, auni,dayah,ameer,joe,kak zan dan sue terima kasih sebab sudi berkongsi pengalaman kerja walaupun untuk jangka masa yang pendek saja.

Masa kerja yang paling aku ingat adalah masa rehat. Masa rehat waktu kerja adalah sangat special bagi aku sebab kerja kat sini rehat sorang-sorang. So time nilah kita boleh tengok perangai manusia ni dan mengenal diri kita dengan lebih dalam lagi. Aku masih ingat lagi musik di playground kat medan selera tu. Musik tulah yang temanakan aku masa rehat. Tambah pulak dengan dapat wifi free. Tapi yang lecehnya baju vas kerja tak boleh bukak time rehat tapi aku ni bukan jenis yang dengar kata sanagt jadi aku pun apalagi buka,lipat dan kepit celah ketiak.. hahaha.. nasib baik tak kantoi dengan penyelia atau pekerja yang lain.

Pengalaman yang paling best yang aku alami masa kerja adalah masa menjadi cashier. Mana taknya sebelum ni hanya jadi pembantu jualan je dan kerja yang sekarang ni semua benda aku boleh buat. Jadi cashier tak leceh sebenarnya, ia mengajar kita sabar dan pick up dalam perkiraan. Ada sekali tu kepala aku rasa macam besar je sebab nervous nak bagi baki dekat pelanggan tu. Takut salah nanti marah orang nanti. Tapi Alhamdulillah sepanjang aku buka kauter ni semua ok dan berjalan lancar. Mungkin agak slow sikit dalam bab-bab perkiraan ni tapi tulah, pengalaman kann.

InsyaAllah, jika diberi ruang dan peluang aku akan bekerja lagi dalam bidang macam ni. Sangat best sebab bagi peminat buku macam aku ni bolehlah follow up buku apa yang terbaru, yang bestseller, dan yang trending.

Yang kelakarnya, masa kerja ni kawan-kawan sekerja aku ni asyik usik aku dengan lesung pipit aku ni je. Sebelum ni tak pernah ada pun yang perasan termasuk kawan university aku ni. Aku masih ingat lagi masa tu hari last aku kerja, diorang cakap mereka akan rindu dengan lesung pipit aku ni. Aku gelak je dengar diorang mengusik.



p/s: masa kerja tu time simpan atau susun buku sempat lagi curi-curi baca buku yang minat dan sampai kantoi sekali.. :P  

Comments

Popular Posts