Mimpi Ungkapan Rindu

Aku tak berapa nak ingat sangatlah tentang macam mana mimpi aku hari ni bermula. Tiba-tiba je muncul ‘scene’ aku dengan kawan-kawan kolej aku tengah lepak,borak bagai dan tiba-tiba ada ‘scene’ aku kat rumah tengah dalam sesuatu majlis bersama dengan kawan-kawan sekerja aku yang dulu pulak. Macam-macam yang timbul masa majlis tu, gembira,bergaduh dan ada juga yang lari berkejaran tapi tak tahu sebab apa.

Tiba-tiba kawan kolej aku ni suruh pergi beli barang dan aku pun terus berlalu sambil mengajak kawan kerja aku dulu kak ika untuk ikut sekali dengan aku. Sampai je kat kedai terjumpa pulak dengan kak mizah dikawasan parking. Dia kelihatan terkejut tengok kami berdua mugkin dia ingat kami pasangan couple sedangkan kak ika masih lagi dengan zamarul atau dipanggil zam. Semasa kitaorang masuk ke kedai tu terserempak pulak dengan kak na. tapi dia Nampak pelik dan seolah-olah tak kenal kami. Apabila dia semakin jauh, dia berubah menjadi orang lain dan aku bertanya ‘awak ni kak na ke?’ dia menjawab ‘ taklah’ dan lepas tu berlalu pergi.

Masuk je kedai tu tiba-tiba aku tinggal sorang, kak ika ntah menghilang kemana. Mimpikan memang macam nilah,kejap watak tu ada kejap hilang. Tengah pilih-pilih barang terjumpa pulak dengan kawan-kawan kolej dalam kedai tu(kecil sungguh dunia mimpi ni asyik jumpa orang sama je dalam mimpi). Lepas tu aku sambung membeli dan mencari barang.

                                                                        TAMAT


p/s: lepas bangun pergi ke cermin dalam toilet dan terlihat bulu mata gugur dari kelopaknya, orang kata rindu. Betul ke???

Comments

Popular Posts