Nota Kecil Petang

Bukan tak tahu dunia sekarang ni, penuh dengan kemajuan dan kecanggih alat-alatan dalam pelbagai bidang. Tapi sedarkah kita yang kecanggihan teknologi ini memberi kesan kepada manusia dan menjadikan manusia itu lebih bersifat malas dan bertanguh-tanguh kerja. Kadang-kadang kita lupa ya yang dalam hidup kita seharian sepatutnya menjadikan Allah sebagai tempat untuk menyembah dan mengadu tapi manusia akhir zaman ini menjadikan gajet-gajet,television dan radio sebagai tempat menghilangkan tekanan atau masalah. Tak dinafikan sedikit sebanyak ia dapat membantu tetapi cuba kita berfikir sejenak,  adakah sama kepuasan itu seperti kepuasan kita ketika bersama tuhan? Tentunya jauh sekali kan.. kerana hanya dengan mendampingi Allah SWT sahaja mampu menenang dan mententeramkan hati. Jadi adakah kita ini si penyembah berhala moden yang meralitkan atau menyembah Allah SWT tuhan yang menciptakan kita dan melantik kita menjadi khalifah di bumi tuhan ini?

p/s: menulis dengan mata yang mintak untuk ditutup ni memang menyeksakan..     X( 

Comments

Popular Posts