Pinjam Masa Tanya Khabar..

  Aku kerja pagi hari, balik pukul 5 petang, pagi tadi semasa pergi kerja cuaca masih lagi hujan, nasib baiklah masa balik tu cuaca hanya mendung je. Balik je kerja tu terus terkam nasi goring akak aku masak. Bukan lapar pun,tapi saja je tabiat nak makan.. hhhmmm.. lepas tu keluar ke ruang tamu tengok ada plak kuih ubi bungkus manis yang mak aku buat, mak aku ni kalau bab-bab buat kuih memang dia power.. huhu.. apa lagi,aku balun semua kuih-kuih tu.. biasalah musim hujan macam ni memang banyak makan makanan berasaskan ubi (bukan zaman jepun ya tapi tak nak membazir ubi yang ditanam dikebun).  :-p

  Petang tu aku hanya luangkan masa dengan keluarga aku je sambil menonton tv. Takde yang excited sangat pun, lepak-lepak kosong saja jadi aku pun dengan gigihnya pergi keliling kampung petang tu, ala biasalah, tu je rutin petang aku. Nak main bola? Gua kaki bangku bro.. hhhmmm.. tak tahulah  antara adik-beradik yang lain kenapa aku jugak yang lain dari diorang, padahal time kecik dulu pernah je main bola bagai ni. Tapi bila makin besar ni makin terkurung dalam rumah pulak jadinya.

  Baiklah sambung dengan ronda-ronda kampung tadi, nak dijadikan cerita tengah ralit naik moto tu tiba-tiba terserempak dengan kawan lama,syafiq kawan sekolah rendah tak silap aku, apa lagi terus tekan brek dan dua-dua berhenti betul-betul tengah jalan tu,nasib baik jalan tak sibuk masa tu. Lain benar rupa dia sekarang, Nampak lebih matang dari dulu, seingat aku last jumpa dia masa tingkatan 5 tiga tahun lepas, salam bersalaman menjadi pembuka bicara kami, lepas tu bertanya khabar dan dan bertanya belajar dimana, mula-mula dia malu nak bagitahu tapi bila aku tanya lagi barulah dia mengaku yang dia dapat menyambung pengajian di Indonesia, wahh.. teruja aku mendengarnya, iyalah,gila kau member dapat sambung belajar overseas, siapa yang tak seronok mendengarnya.


  Katanya lagi jurusan yang akan diambil disana adalah jurusan agama. Memang tak pelik la sebab lepas sekolah tingkatan 5 tu dia sambung belajar kat pondok agama plak. Tapi tak sangka sampai ke Indo dah dia belajar. Aku tumpang gembira bagi seorang kawan dan aku berharap semua kawan-kawan yang aku kenal berjaya juga tak kiralah belajar tinggi atau tidak, yang penting berjaya dalam hidup dan ikut semua perintah tuhan,tu je aku yang aku harap. Lepas tu oleh sebab masa dan lokasi yang tak sesuai, kami berdua sama-sama mintak diri. Dia nak balik dan aku plak sambung dengan ronda-ronda kampung. Sepanjang atas motor tu aku tersenyum je memikir takdir yang Allah aturkan untuk seseorang. Perancangan DIA lagi hebat sebenarnya, tengoklah walaupun si syafiq ni tak dapat sambung ke universiti dan hanya belajar agama di sekolah pondok saja tapi masih lagi ada rezeki untuk sambung ke luar Negara. Mungkin Allah bagi masa yang sekejap itu untuk aku bertanya khabar balik kawan-kawan lama aku dulu. Sungguh.. aku rindu zaman kanak-kanak itu dan tahu ia takkan datang lagi.    :') 

Comments

Popular Posts