kerja dan semester baru

Alhamdulilah,

Dengan kuasa Allah dan segala nikmat rezekinya, dalam masa seminggu lagi semester baru akan bermula. Sudah tentu banyak cabaran yang akan menanti,tapi pesan pada hati jangan risau, Allah selalu ada, mintak je pertolonganNYA insyaAllah. J

Selain dari itu, aku juga sekarang tengah bekerja di sebuah kedai buku yang bercawangan di Tesco iaitu di kedai ‘Smobookstore’. Seronok kerja kat sana walau pada mulanya sedikit kekok dan asyik kena marah dengan bos. Hahahah, tapi itulah situasi sebenar yang akan aku hadapi jika tamat belajar kelak. Banyak pengalaman yang dapat aku rasai, iyalah mana taknya kerja aku sekarang ni buka sama seperti aku kerja di pasaraya dulu,sekarang ni semua benda kita yang buat, jadi cashier,order barang, susun barang malah jadi cleaner sekali pun. Tapi masih tak boleh tandingi kerja yang dulu. Fuhhh, yang dulu tu memang letih gila tambahan pulak dekat pasaraya besar dan kena jaga deparment makanan. Tapi yang hikmahnya dapatlah jugak pecahkan lemak-lemak liar kat badan aku ni. Kerja aku sekarang ni taklah berat mana sebab ia kedai buku dan alat tulis, so memang patut la banyak kerja kena buat sebab kedai buku kurang dikunjungi pelanggan seperti pasaraya.

Yang paling bestnya kerja kat sini harga buku memang murah untuk staf sebab diberikan diskaun sebanyak 20% manakala untuk customer pula sebanyak 10%. Aku pun apa lagi, dengan laju pergi membelek buku satu persatu untuk dibeli. Hahaha, sampai penyelia kt tempat kerja aku pun terkejut yang aku beli sampai 4 biji terus. Buku yang menjadi pilihan aku pula semestinya buku sejarah,motivasi dan konspirasi. Tapi sebab bajet tak berapa nak kemas,terpaksa la tahan dulu untuk beli buku genre konspirasi.. jadi aku pilih buku Dracula Vs Al-Fateh, Bicara Ini Demi Ilahi, Tinta 2 Asyraf dan last sekali adalah 30Hari Mencari Tuhan. Sememangnya aku beli lebih buku hasil abang Hilal Asyraf sebab tulisan dia mudah untuk difahami dan isi kandungan buku yang padat lagi bermanfaat.


                        
Aku harap buku-buku ini dapat menemani aku semasa lapang dan selain itu dapat jugak beri manfaat kepada orang-orang disekeliling aku.(nak pinjam boleh tapi jangan mencuri kalau tak nak kena terajang :-p)

Ok baiklah akhir calitan, kerja hanya berbaki beberapa hari lagi dan alam pembelajaran akan bermula. Tak dinafikan banyak benda yang aku dapat semasa kerja ni, mungkin Allah bagi sedikit pengalaman yang berharga kepada aku untuk menempuh masa depan yang kejam ini. semoga kita dirahmati olehNYA dan berharap dapat menjadi muslim yang sejati dan gah seperti zaman-zaman Sultan Al-Fateh insyaAllah. Tiba masanya untuk umat islam bangkit dari dunia palsu ini dan kuat dalam menentang musuh-musuh Allah yang sememangnya penuh dengan tipu daya.                                               


p/s: bangun pagi sambil update blog dimusim hujan ditengah musim tengkujuh di kelantan ini memang sejuk.. 

Comments

Post a Comment

Popular Posts