Rezeki dan kekuasaan Allah...

Alhamdulillah, J
  Setelah melalui minggu-minggu yang bosan dan hanya bangun, tengok tv, makan, tidur(repeat) , ALLAH telah mengurniakan masa sempit aku, bukan sempit apa tapi sempit yang berfaedah dan berguna untuk aku timba pengalaman.

   Pagi hari ini aku bangun pagi dan terus bingkas berjalan keliling rumah, *takde kerja gamaknya aku ni pagi-pagi dah tawaf rumah*. Hinggalah mak aku siap masak nasi goreng untuk breakfast. Tengahari aku habiskan dengan tengok tv dan online internet sahaja sambil menunggu untuk pergi keluar menemani adik aku ke bank untuk urusan dibank pulak,

  Pada pukul 1.30pm aku bersiap untuk ke bank menemani adik untuk urusan disana, dan Alhamdulillah semua berjalan lancar dan baik-baik saja. Tapi yang kelakarnya adik aku ni selalu je call aku tanya kat mana, haiihhh… kalut betul. Aku pulak asyik ingat yang call aku tu dari akademi memandu yang aku tengah runsing bila nak bagi tarikh ujian Jpj nya akak opis ni. Tambah pula aku ingat yang call aku aku dari syarikat kerja yang aku pergi temuduga tempoh hari yang bila ntah nak telefonnya.

  Usai balik dari tempat adik aku kerja, aku mengecas handset yang dari tadi asyik memekak dan berbunyi,mintak untuk diisi baterinya. Lepas tu aku ke belakang rumah sekejap untuk beramah mesra dengan itik,ayam,kambing dan kucing, sambil tu aku bagi itik makan dan bermanja-manja dengan kucing yang bukan aku punya.*kucing liar tapi agak manja dengan aku* .

  Baru je meletakkan punggung dan bersedia dengan rancangan tv di depan tiba-tiba berbunyi telefon kesayangan hamba di dalam bilik. Apalagi berlarilah aku dengan gigihnya dan tertera nombor pejabat. Ohh dari akademi memandu rupanya, akak tu bagitau tarikh test dan latihan untuk lesen kereta yang sedang aku buat ni. Lepas habis ber’bla bla bla’ dengan akak tu aku terus pergi ke dapur mengambil bubur yang mak aku buat untuk makan petang, *bubur kacang hijau je tapi yang mak aku buat memang sedap..hahaha*

  Duduk diruang tamu sambil makan bubur dengan mak aku memang masa yang sangat berkualiti tapi kedengaran handset tu berdering lagi, memanggil tuannya untuk dijawab panggilan. ‘hello assalamualaikum, kami dari syarikat muda Osman boleh bercakap dengan Encik Mohamad Fais? Suara dari corong telefon tu benar-benar buat aku senyum lebar dan bersyukur, nampaknya temuduga yang aku pergi tempoh hari telah berjaya dan diterima untuk bekerja. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, tak bosanlah aku sepanjang sebulan lagi cuti yang masih berbaki ni.

  Petang itu senyuman mekar dibibir aku mengingatkan kuasa Allah yang Maha Hebat..


Terima kasih ya Allah untuk urusan yang engkau permudahkan ni.. 

p/s : entry takde gambar..sorry mungkin agak boring sikit..   :)

Comments

Popular Posts