Aku, buku dan cuti sem..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

  Saat cuti semester macam nilah yang kadang-kadang buat aku jadi gila dan tak tahu nak buat apa, nk kerja?? Sangkut dengan buat lesen kereta, tambah pula aku dah beberapa minggu keliling kawasan kerja aku dulu tapi masih tak dapat-dapat lagi, ada je iklan bertulis ‘jawatan kosong’ tapi masa temuduga tu bila dengar je aku tengah cuti sem dan tinggal sebulan je, dah tahu dah jawapan daripada mereka semua.

  Tapi aku tak risau, cuti aku bertemankan buku koleksi nurkilan Abang Hilal Asyraf, ‘Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada’. Bagi aku naskah ini mengambil masa yang lama untuk aku habiskan, mana taknya buku tu aku beli masa pertengahan semester 3 lagi sampailah sekarang masih belum habis lagi. Bukan susah nak habiskan buku tu tapi olahan terhadap sesuatu bab tu buat aku terfikir sejenak, cukupkah amalan aku untuk mengetuk syurga ilahi,

  Tak dinafikan aku suka tulisan yang ditulis sebab ia mudah difahami dan maklumat yang disampaikan mudah untuk diserap, dan untuk pengetahuan korang jugak, selain buku ini, ‘Langit Vanila’ hasil masakan miss Wani Ardy juga begitu susah untuk dihabiskan. Ia tak dinafikan aku suka dengan bait-bait tulisan yang mereka coretkan, tambahan pulak karya-karya dia seoalah-olah mempunyai soul atau roh yang sememangnya tampak segar untuk sentiasa dibaca.

  Tapi disebalik semua yang berlaku kat aku sepanjang cuti ini aku rasa ada hikmahnya, dan mungkin betullah siapa yang lewat atau tak menunaikan solat subuh dan bangun pagi, rezekinya sempit. Aku tersedar yang aku selalu bangun lewat pagi, ada satu masa tu pukul 12 baru bangun. Mungkin hubungan aku dengan ALLAH masih lagi renggang dan aku pulak masih lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

 Buku ‘Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada’ banyak menyedarkan aku akan naifnya aku dalam berhubungan dengan ALLAH, ia aku solat, dan berbuat perkara dalam rukun islam yang lain tetapi ikhlaskah solat aku? Aku solat itu demi ALLAH atau hanya menurut arahan mak ayah aku? Aku tekad untuk berubah dan menjadi seorang yang lebih baik lagi, tetapi nafsu aku ni ada saja yang berfikiran jahat untuk terus alpha dalam setiap benda..  L


InsyaALLAH dalam proses untuk menghabiskan bacaan buku itu dan harap aku menjadi lebih baik dan tersedar dari mimpi-mimpi yang melangit tu. Doakan aku dan korang semua menjadi insan yang lebih baik dari hari-hari sebelum ni.. Amin2..  

p/s : sorry tulisan macam budak tadika sikit..  :P


Comments

Popular Posts