Dracula VS Al-Fateh - PERTEMUAN ANTARA LEGENDA BARAT DAN TIMUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

  haaaa,  hari ni aku ada topik yang menarik untuk dikongsi bersama dan yang tak lain tak bukan ialah tentang buku Dracula Vs Al-Fateh  yang akan dikeluarkan oleh PTS publiser. ia tak dinafikan aku suka akan keluaran buku oleh PTS ini kerana banyak buku yang berilmiah dan kena dengan genre buku yang aku suka

 ok baiklah, sebenarnya aku baru mengetahui yang Dracula hidup sezaman dengan sultan Al-fateh, malah penah tinggal sekali dengan al-fateh dan merupakan musuh ketatnya sendiri. Disebabkan itulah aku tak sabar untuk menunggu buku keluaran ini. sememangnya buku yang berkenaan sejarah telah menjadi pilihan untuk santapan otak aku hinggakan banyak koleksi buku sejarah selain dari novel-novel indie, buku puisi dan bergenre motivasi. 

  selain daripada itu, perkara penting yang kita perlu tahu adalah tentang filem Dracula Untold yang telah menemui penonton dipawagam. Ia menceritakan tentang seorang pemerintah barat yang telah diancam oleh sultan Al-Fateh, ini menyebabkan si Dracula ini telah membuat perjanjian dengan syaitan semata-mata untuk menyelamatkan tanah air. Diakhir cerita, Dracula telah berjaya membunuh sultan Al-Fateh dengan menghisap darah sultan tersebut. 

  Jalan cerita yang ditonjolkan dalam filem Dracula Untold sangat bertentangan dengan fakta sejarah kerana Sultan Muhammad Al-Fateh mati disebabkan diracun oleh doktornya sendiri yang merupakan seorang yahudi dan Dracula itu sendiri mati disebabkan  dibunuh oleh pengikutnya sendiri. Dalam filem tersebut, ada juga babak menunjukkan tentera islam membakar dan menganyai wanita dan kanak-kanak sedangkan yang sebenarnya tentera islam begitu menghormati kaum wanita dan kanak-kanak walaupun mereka dipihak musuh kerana orang islam telah diajar dan diasuh dengan nilai murni. Tambahan pula kita semua sedia maklum yang sultan Muhammad Al-Fateh ialah sebaik-baik pemimpin dan para tenteranya adalah sebaik-baik tentera hingga dapat merealisasikan hadis Nabi Muhamad S.A.W untuk menawan kota konstatinapel. 

  wallahualam.. sekian sedikit perkongsian dari saya. 
Assalamualaikum :)


                               
 

Comments

Popular Posts