Rutin Bunyi Rumah Sewa




Selain daripada bau, bunyi juga adalah salah satu rakaman yang terjadi dipersekitaran hidup. Deria dengar ini adalah semacam alat bantu kepada umat manusia untuk berjaga-jaga dengan keadaan waktu dan detik-detik penting. Seperti kokokan ayam diwaktu pagi, bunyi adalah sebagai agen pengingat kepada manusia dalam  berbuat sesuatu perkara seperti masa untuk bangun, tidur, temujanji, atau pelbagai hal lain lagi.

Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai rutin bunyi sepanjang tinggal di rumah sewa di Petaling Jaya. Bunyi-bunyi ini semacam ‘significant’ dan semacam ditetapkan sehari-hari dalam tetapan masa yang sama. Ia seperti journal bunyi bagi saya untuk tempoh masa ini.



Alarm rumah jiran berbunyi - 11.50pm
Alarm handphone housemate berbunyi - 4pagi
Setiap Malam minggu hari ahad, jiran berkaraoke
Anjing jiran menyalak - 3 pagi 
Bau tembikai susu curi-curi masuk pada ketidaktentuan waktu (bukan rutin) 
Housemate dengar ceramah hingga lewat pagi, main game dan dengar lagu klasik. 
Alat pemanas air di dapur off -8.30-9.10pm
Jam tangan berbunyi tepat jam 8mlm


Beberapa malam yang lepas, puisi berunsur bunyi juga terhasil semasa keadaan jaga-lena untuk tidur:


Bunyi malam

“Klik”
suis mataku tertutup
Pandangan menjadi lebih gelap
Otak makin sedar dan berhati-hati.

“Klek-klek”
Bunyi lagakan periuk dan sudip
Dari dapur jiran
Buat meniaga esok hari.

Hidup bertukar menjadi sebuah ironi
Malam dan siang menjadi medan mencari rezeki.

Bulan masih menyinar
Dan setiap adalah perjalanan mencari makna.

3.00am.


Comments

Popular Posts