Pemutus Silaturrahim

Berapa lama lagikah kita kan terikat dengan sekeping gajet yang bernama telefon, tablet, atau laptop? Sedar atau tidak gajet-gajet yang sebelum kita jadikan hamba suruhan untuk berhubung dengan orang lain telah mula memakan tuannya, mereka telah berjaya memperhambakan kita balik dengan segala jenis hiburan, sosial, dan banyak lagi aplikasi-aplikasi yang terdapat didalamnya. Tanpa sedar, hidup kita mula dikuasai oleh gajet-gajet ciptaan manusia sendiri. Silaturrahim manusia mulai terlerai, masing-masing sibuk dengan menghabiskan masa dengan gajet masing-masing. Tak perlu tengok jauh, aku boleh tengok dalam diri aku sendiri, banyak benda yang semakin hari semakin tenat, setiap detik masa yang berjalan dibazirkan dengan permainan yang kononnya hubungan sosial untuk berkenalan dan berkenal-kenal dengan dunia luar. Tapi pada masa yang sama, hubungan dengan alam sekeliling kita mulai terputus, renggang kerana sibuk berbicara akan ‘hubungan dunia luar’ yang tiada batas itu.

Tak dinafikan alat-alat ini sangat membantu kita dalam kehidupan, tapi janganlah taksub penggunanya hingga bercerai berai hubungan keluarga, sahabat handai dan antara sosial secara langsung. Aku tertarik dengan satu petikkan ‘sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah akan ada sebuah piring yang akan menjadi pemotong silaturrahim ’. Ayat ini dipetik dari hadis sohih Hassan dari Rasulullah SAW. Orang duk fikir apa itu piring yang akan memecahkan silaturrahim manusia, dan telah terbukti sekarang yang pihak Negara barat telah mencipta satelit untuk kegunaan perhubungan dan ini bermakna ia juga adalah internet. Internet adalah pemutus silaturrahim dan hal ini telahpun terbukti didalam masyarakat kita dan dalam hidup aku sendiri.

Tak salah dalam penggunaan internet, yang salah adalah cara seseorang itu mengunakannya hingga lupa untuk bertegur sapa dengan orang diluar kehidupannya, masa keluar makan, lepak banyak dihabiskan dengan bermain telefon dan gajet masing-masing. Berkurangnya komunikasi secara langsung, dan masing-masing khayal dalam dunia palsu ciptaan sendiri.

Sekian, Assalamualaikum.

Sama-sama kita perbaiki diri

Sama-sama kita menjadi hamba Ilahi.

Comments

Popular Posts