Travelog ke Sabah : Antara Rezeki Kata & Silaturrahim Terbuka

Alhamdulillah, aku dan beberapa orang sahabat telah selesai membuat travelog ke sabah. Syukur kepada Allah S.W.T yang maha pemurah atas perjalanan yang tidak dirancang ini. Banyak pengalaman manis dapat di tempuhi untuk kenangan manis sepanjang berada di negeri bawah bayu ini. Pengalaman ke sabah ini amatlah berbaloi kerana selain tidak dirancang, tiket penerbangan Malindo Air juga sedang membuat promosi untuk ke negeri sabah, perrgghhh!! Memang kenalah dengan masa yang kami pilih ni. Proses pembelian tiket diuruskan oleh mak cik wawan, yang membahasakan dirinya Uchu, Seorang yang sangat peramah dan banyak menolong kitaorang untuk proses travel ke negeri berkenaan.

Pada tarikh 24 oct, aku berangkat dari tanah Kelantan untuk ke rumah kawan aku Firdaus dan Akim di Selangor untuk berkumpul sebelum ke KLIA2. Seorang lagi pula dari Damansara dan berkumpul sama-sama untuk ke Airport. Sebulan lebih selepas tak berjumpa dapatlah melepaskan kerinduan untuk lepak dan menghabiskan masa bersama. Dan Alhamdulillah, time are full with golden memories dan rasa balik suasana masa belajar. ;)

Tiket penerbangan kami dijadualkan pada pukul 7.00 pagi dan kami kena berada di airport sejam sebelum masa berlepas. Setelah sampai di airport dan segala proses di lapangan terbang berjalan dengan lancar, kapal terbang pun berlepas mengikut jadual. Tepat pukul 9.30 pagi, kami telahpun sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu Sabah. Tak lama kemudian, nenek wawan datang menjemput kitaorang semua untuk ke rumahnya. Gagah lagi nenek wawan drive kereta sampai 1 Jam lebih gitu dari Airport kota kinabalu ke membakut. Fuhhh.. Sampai di rumah nenek, atok dan keluarga wawan menunggu kami dan kebetulan saudara wawan dari Sarawak sampai pada masa yang sama yang memeriahkan lagi rumah itu.

Setelah berehat, kami di hidangkan makanan kampung , sayur goreng, ikan segar yang besar untuk santapan. Selepas itu kami menikmati udara kampung yang berhampiran dengan kawasan laut. Sunguh nyaman dan tenang seluas hati berenang dalam angan-angan. Ehh, berpuisi pulak.. ;p

Sempat jugak borak-borak dengan atok wawan, cerita pasal hidup, pasal sejarah muda-muda dulu, dan atok wawan ni jugak bekerja sebagai polis masa muda dulu dan sempat melawan komunis semasa penjajahan oleh pihak bintang tiga di tanah melayu. Banyak kisah yang menarik contohnya semasa di operasi di perak dan gua musang dimana di dalam gua tersebut terdapat sebanyak 300 orang tentera komunis yang bersarang didalam gua. Sungguh dahsyat nenek moyang kita dulu-dulu bertempur dan berikhtiar hidup untuk mempertahankan tanah air dari dijajah. Seperkara yang menarik tentang atok wawan lagi adalah beliau merupakan peranakan brunei dan cina, patutla hensem-hensem anak cucu dia semua.

Setelah dua hari dirumah atok wawan, kami berserta atok dan nenek wawan berangkat ke Lahad datu untuk ke rumah mummy wawan. Perjalanan ke sana memakan masa 8-9 jam dengan menaiki kereta yang dipandu oleh atok wawan. Atok wawan pun masih lagi gagah untuk memandu kereta yang perjalanannya jauh dan dengan jalan yang bergunung. Setelah sampai di lahad datu, kami telah dijemput oleh mummy wawan dan kemudiannya dibawa ke restoran makanan segera  McD. Selepas selesai semua, mummy wawan membawa kami semua singgah ke kedai sup yang sedap pula di pekan Lahad Datu. ‘Haiihh, makan je kerja, ingatkan pergi travel dapat la kurangkan lemak-lemak degil ni tapi bertambah pulak’.

Keesokkan hari, kami pergi ke kawasan pantai Bangingod, perghhh, memang lawa dan cantik dengan air yang membiru dan jernih. Tapi sayang masa kami pergi air pantai cetak dan bukan masa air pasang lagi tapi apa-apa pun memang enjoy mandi pantai. Pada sebelah petang pula, family wawan bawa kami ke Lembah Danum iaitu tempat untuk mandi dan hiking. Air terjun di lembah Danum memang segar dan bersih kerana bersumberkan air dari bukit dan view selepas hiking juga memang cantik, nampak pulau-pulau kecil yang berada di kawasan negeri bawah bayu ini.

Selepas tiga hari berada di Lahad Datu, kami ke Kota Kinabalu pula untuk bersediaan pulang ke Kuala Lumpur. Setelah 7-8 jam perjalanan dari Lahad Datu menaiki bas express tempatan, kami sampai dan di jemput pula oleh daddy wawan. Pada sebelah paginya,kami sarapan pagi di Farah Rojak House di sebelah jalan dan selepas itu kami telah pergi ke pusat bandar Kota Kinabalu dan kami singgah di Pasar Filipina, sebuah pasar yang menjual pelbagai jenis barangan kraf, mutiara sabah, cenderamata berserta baju-baju yang berlogokan negeri itu. Pasar ini sesuai untuk dikunjungi oleh pelancong/pengembara yang ingin membeli cenderamata untuk kenangan ke sini. Sampai di kota, kami berjumpa dengan mak cik wawan, Yayang yang memang tinggal di sana dan berkerja di sebuah hospital di bandar itu.  Ohh lupa, bandar ini juga berhampiran dengan laut dan di sebelah Mall ini juga terdapat pemandangan laut yang cantik berserta beberapa buah pulau di depannya dan juga ada pelabuhan untuk kapal-kapal berlabuh setelah menangkap hasil tangkapan di laut. Selepas itu kami berjalan-jalan di IMAGO Mall sambil makan tengahari di foodcourt disana. Alang-alang datang, aku telah membeli kopi Tenum yang hanya dijual di sabah dan sebagai penggemar kopi, memang rugi jika tidak mencuba kopi dari tempat lain.

Selepas itu, kami terus dihantar oleh daddy wawan ke Airport Kota Kinabalu untuk balik ke Kuala Lumpur pula. Banyak kenangan manis sepanjang berada di sini, dipertemukan dengan family wawan yang baik-baik serta permandangan negeri ini yang cantik dan menghijau sangat menyenangkan hati. Alhamdulillah untuk rezeki yang tidak terjangka ini, ada masa kita bersua lagi. :)





ANTARA CEBISAN TRAVELOG KE SABAH

       

 
   



         



Comments

Popular Posts