*tidak bertajuk

15/11/2015

Masa terus berjalan dan aku pegun tidak berbuat apa-apa. Dalam tidak sedar, banyak masa telah aku bazirkan untuk benda yang sia-sia, banyak kepada hiburan, asyik main phone, huhhh. Segala motivasi aku telah hilang, ego telah memakan kesemuannya ditambah dengan kealphaan hati yang telah semakin hitam, kadang-kadang aku sedar semua itu, tapi aku hiraukan atas dasar egois diri, dan lama-kelamaan, ia memamah diri sendiri dan sudah tidak mampu untuk berdiri lagi.

Semakin dewasa, banyak waktu aku bazirkan dengan hal yang tiada guna, banyak juga waktu aku gunakan hanya termenung, tanpa buat apa-apa macam orang gila. Esok, kerja sudahpun bermula tapi hati aku masih lagi tidak bersedia, mak aku masih lagi dalam keadaan sakit hingga sudah sepurnama lebih. Pelbagai cara pelbagai ikhtiar sudah dilakukan tapi itu semua hanya Allah yang tentukan, terdetik juga dalam hati aku apa yang aku buat semasa mak aku dalam kesakitan, aku masih lagi lara dalam hal-hal dunia yang sudah semakin nampak penghujungnya. Dari saat ini, aku hanya berharap tiada lagi kehilangan jiwa dalam hidup aku setelah nenek dan pak cik aku baru meninggalkan keluarga kami dalam 2015 ini. Tapi itu semua tuhan yang uruskan, kita manusia hanya mampu bersabar dan menerima walaupun susah untuk di telan. Tapi yang paling aku berharap biarlah untuk waktu tiada lagi jiwa yang terbang, UNTUK WAKTU INI.

Banyak benda yang selalu berlanggar antara satu sama lain, akal fikir lain, badan dibuatnya lain, perasaan juga selalu berperang untuk menang dalam ego masing-masing. Tapi syukur, dalam hati masih lagi ada tuhan yang sentiasa menjadi peniup semangat. Banyak kejadian yang memeranjatkan aku, seolah-olah DIA tahu apa yang kita paling mahu dan kita tidak perlu dan benda yang kita tidak mahu tapi adalah yang paling perlu.

Semoga dipermudahkan segala urusan di kemudian hari, dan aku perlu sedar yang tuhan sentiasa ada pelbagai waktu, bukan hanya sewaktu berduka sahaja. Semoga kekal kita semua dalam rahmatnya.



Comments

Popular Posts