Selamat Tahun Baru 2015, Banjir antara ujian dan hikmah..

Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.

Alhamdulillah, kita dipanjangkan lagi umur untuk terus kekal hidup didunia yang sementara ini. syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi dan berharap tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya dan bersih dari dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini. marilah sama-sama kita minimumkan berbuat dosa dan mengelakkan dari melakukan perbuatan yang sama.

  Saya sebenarnya tak excited sangat pun nak sambut tahun baru ke apa tapi tak tahulah malam tahun baru ni agak sedih,sunyi dan syahdu. Mungkin banyak benda lagi yang saya sendiri selalu berperang dengan diri sendiri, banyak benda yang masih perlu melawan kebatilan diri sendiri dan mungkin juga ditambah dengan bencana yang berlaku dinegeri saya itu sendiri. Kita boleh lihat dikaca tv, di dada-dada akhbar, dan media sosial seperti whatsapps dan facebook. Banyak gambar-gambar suasana selepas bah kuning yang melanda negeri ini terutamanya di Manik Urai, Kelantan. Sedih. Pilu,kasihan, syahdu, semua itu kita dapat rasa bila banyak rumah-rumah kediaman rosak dan musnah teruk. Sampaikan mereka terpaksa berteduh dibawah khemah buatan sendiri untuk tidur,makan dan sebagai tempat tinggal. 

  Tak dinafikan bah kuning yang melanda di negeri Kelantan dan di negeri-negeri yang lain di Malaysia merupakan satu ujian yang amat besar hingga direkodkan banjir kali inilah yang terburuk sejak banjir bah merah yang melanda negeri pantai timur ini pada tahun 1927 dan 1967. Namun kita sebagai manusia yang beriman kita harus memandang positif akan hal ini. cuba perhatikan, kalaulah Allah tidak menurunkan bencana ini adakah tak ada konsert-konsert sambutan tahun baru 2015 ini dan dengan pelbagai bunga api yang sememangnya membazirkan duit Negara? Tak terlahirkah anak-anak luar nikah hasil ketelanjuran remaja-remaja yang mabuk dengan keasyikkan dunia? Boleh juga kita lihat disebabkan banjir ini jugalah masyarakat dari segenap lapisan bersatu padu menolong mangsa-mangsa banjir dan golongan-golongan artis dan selebriti sukan berganding bahu menolong mangsa-mangsa banjir. 

  Di dunia yang kian bongkok ini, satu je yang saya tanamkan dalam hati, tingkatkan amalan sepanjang menjejak kaki di tanah bumi Allah ini. insyaAllah, biar kita berpenat di dunia, tapi diakhirat sana kita merasai hasilnya. Suka juga saya memetik ayat ini ‘ hidup ini ibarat ladang, kitalah yang perlu berusaha untuk bercucuk tanamnya kerana kita akan dapat merasai kenikmatnya dimasa hadapan’.

Assalamualaikum. Jaga Hati Diri… #KembaraMencariDiri

Comments

Popular Posts