Review Filem Manisnya Cinta Di Cappadocia..
Filem
‘Manisnya Cinta Di Cappadocia’ arahan Bernard chauly telah ditayangkan
dipawagam bermula 11/12/2014. Filem yang diadaptasi daripada novel hasil
nurkilan Anis Ayuni ini mengisahkan tentang titip-titip kisah cinta yang
dilalui oleh ifti liyana lakonan fazura dan nazmi lakonan shahiziey sam. Tak
sangka novel yang aku pernah baca masa form 4 ni telah diterjemahkan ke layar
seni dan hasilnya tak mengecewakan. Walaupun taklah se’feeling’ ketika membaca
novel tapi adaptasinya boleh dikatakan berjaya. Tahniah kepada pengarah kerana
berjaya visualkan filem ini dengan baik.
Selain itu, penggambaran di Cappadocia di
turki tidak disia-siakan oleh pengarah. Buktinya banyak footage-footage yang
menarik yang dirakam antaranya ketika adegan di belon udara panas, kamera
movement semasa dikawasan bukit di Cappadocia. Sinematografi yang ditunjukkan
oleh pengarah memang cantik dan menarik. Selain itu, shot yang diambil ketika
dalam masjid juga amat menarik.
Tapi
yang kantoi dalam filem ini adalah suntingan yang tak berapa kemas dan salah
‘cutting’ video di scene pergaduhan antara nazmi dan ifti di pejabat ifti di
bumbung. Kalau betul-betul diperhatikan, selepas fazura berpaling, boleh nampak
riak muka dia yang tersenyum sedangkan masa tu babak pergaduhan.
Selain
itu, watak utama juga banyak bermain dengan khayalan minda atau berkhayal. Bagi
aku ia kelakar terutama masa babak kenduri, masa dinner dengan ex dia. Watak
eja yang ditunjukkan dipertengahan filem sangat menyentuh hati dan sampai ke
hati penonton(sampai semua penonton dalam panggung tu terdiam).
Tapi
overall, semua cantik dan menarik dan kekuatan utama filem ini adalah para
pelakonnya dibarisi oleh nama-nama besar dalam industri dan ia idea yang sangat
menarik untuk menarik perhatian penonton.
Harap-harap
banyak lagi filem yang berkualiti dapat dihasilkan oleh pengarah tempatan ..
Tempat
menonton : MBO Cinema, Space u8.shah alam( 2.50pm)
p/s: mintak maaf jika jika ada apa-apa kesalahan.. review saya terhadap filem masih lagi lemah.. *kalau salah ajari aku..
Assalamualaikum.. :)
Comments
Post a Comment