Review Fixi Garam – Ruwi Meita
Dah lama dah sebenarnya tak tulis
review apa-apa buku atau filem. Tapi buku yang bertajuk Garam ataupun tajuk
asalnya ‘Misteri Patung Garam’ karya Indonesia yang diterjemah oleh penerbit
buku Fixi benar-benar buat aku terkesan dengan quote-quote yang diselitkan yang
penuh dengan isi-isi kemanusiaan. Sedap, itu je aku boleh cakap. Sedap.
Penulis/penyunting bijak menyusun
ayat-ayat yang diterjemah supaya tidak lari dari nada bahasa yang asal. Dan kes-kes
pembunuhan pula disusun rapi dan kemas menjadikan pembacaan buku ini menjadi
sangat rileks tanpa mengeruk dahi untuk memikir apa-apa *kecuali debaran untuk
kes-kes yang mendatang.
Sinopsisnya kau boleh baca
sendiri secara kasar dibelakang buku ini dan aku yakin, habis saja pembacaan
buku ini, kau akan teringat-ingat dengan perkataan ‘kampret rebus’ bahasa
sumpah seranah yang digunakan oleh Inspektor saut, hahahaha. lol
Watak yang aku paling suka dalam
novel ini adalah Ireng, seorang budak pencopet yang ditemui oleh Kiri Lamari,
seorang pegawai polis. Aku suka penulisnya melukis watak Ireng ni,
perjalanannya dalam novel ini sangat kuat dan dekat dengan watak-watak utama. Boleh
tengok macam mana perkembangannya dalam cerita ni, dari seorang pencopet
jalanan yang kasar, tiada adat ke seorang budak yang genius, dan di hantar ke sekolah
. Juga aku suka watak matari yang multitask itu.
Garam? Kenapa garam? Iya, ini
persoalan yang aku suka sejak aku membaca sinopsis buku di belakang buku ni. Banyak
sebenarnya ilmu-ilmu/falsafah garam yang aku ketahui dari buku ni, dari gaji
pertama manusia bekerja adalah garam, oleh itu terciptanya perkataan Salary, garam
dan kegunaannya dalam pengawetan mayat atau mumia. Selain itu, ada juga perihal
sejarah iaitu mitos yang mengatakan isteri Nabi Luth yang di sumpah menjadi setiang garam kerana masih
lagi berpaling ke hal-hal duniawi iaitu dia memikirkan perihal anak dan
hartanya di tempat yang dibencanakan tuhan. Dan juga perihal garam yang
dikatakan mencuci dosa-dosa manusia oleh sebab itu kaum nabi luth dibalikkan
kawasan mereka dengan lautan mati yang
paling masin.
Isu yang paling tebal dalam novel
ini adalah perihal peranan asuhan ibubapa dalam menentukan personaliti
anak-anak. Contohnya dalam novel ini Rahadian & Matari di besarkan oleh
seorang ibu yang tegas dan mempunyai masalah mental dan sering menghukum
anak-anaknya dengan memberi makan sepiring garam untuk mencuci kesalahan yang
dilakukan. Hal ini menjadikan psikologi anak-anak terganggu dan menjadikan
anaknya obsess dengan garam sampai berlakunya kes-kes pembunuhan patung garam
untuk mencela ibunya yang menyeksa mereka semasa kecil.
Apa-apapun, aku salute gila kt
penulis ni, kak Ruwi Meita. Go and grab now! Recommended! Bukan senang nak
tulis sebuah novel ni, ia memerlukan kajian yang mendalam dan melibatkan banyak
pihak supaya fakta-faktanya tepat dan di tambah dengan imaginasi fiksyen
penulis. Penamat sememangnya mindblowing, ia menceritakan sesuatu yang tidak
kita jangka dari watak yang minor. Diolag yang paling aku suka dalam cerita ni
adalah ‘kamu didapati bersalah kerana membunuh fairy godmother, masa kamu telah
tamat!’.
4.5 / 5 ⭐️
agak confusing. .ending tu ,agak siapa yang bunuh matari
ReplyDeleteCuba baca balik watak mana yang ada tahu teratai biru dileher ๐
DeleteAku pon lupa spe yg ade tatu tuhh...malas nk cari balik ๐
Delete