Review Novel 'GOCOH' , WAN SHAFIQ
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, berjumpa lagi kita dalam review novel yang seterusnya iaitu hasil perahan idea oleh Wan Shafiq ini. Novel GOCOH ini secara jujurnya mempunyai elemen-elemen yang dekat dengan masyarakat melayu. Contohnya , perlakuan manusia dan cara hidup mereka yang sememangnya benar-benar berlaku dikalangan masyarakat kita,
Cerita ini bermula apabila masyarakat yang seagama iaitu islam berpecah-belah dan saling bergaduh disebabkan aliran pegangan politik yang berlainan dan disitu timbulnya konflik yang menjadi teras jalan cerita kepada novel GOCOH ini. GOCOH adalah loghat kelantan yang bermaksud bergaduh, bertumbuk dan seangkatan dengannya.
Novel ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Jali yang mengharungi liku-liku hidup dikampungnya dengan karenah pelbagai ragam penduduk kampungnya serta diuji dengan ibunya yang mempunyai penyakit buah pinggang yang teruk. Disebabkan itu , dia terpaksa berkerja keras demi menyara keluarganya selain hasil dari jualan kiuh-muih ibunya itu. Jali melakukan pelbagai kerja-kerja kampung seperti membuat rumah, membaiki atap rumah penduduk kampung, membaiki dapur , memanjat pokok kelapa dan banyak lagi kerja-kerja kampung.
Konflik bermula apabila Jali berkenalan dengan seorang penulis berbangsa cina-kristian bernama Andrianne. Hal ini seterusnya menjadi bualan orang kampung yang tidak suka akan perkenalan itu terutamanya perempuan itu adalah beragama lain dari masyarakat setempat. sifat rasis yang tersemat dijiwa orang-orang kampung itu menyebabkan tugasan Andrianne untuk membuat kajian penulisan tentang penduduk kampung itu terganggu. Dikampung itu, ibadah solat dititik beratkan namun amalan-amalan yang bercanggah dengan syariat agama islam tetap diamalkan seperti laga ayam, aktiviti bomoh, dadah dan pil kuda , umpat-mengumpat dan banyak lagi. Penulis ingin menceritakan bahawa sesetengah umat islam tidak mendalami ilmu agama dengan baik dan berilmu iaitu penduduk hanya tahu islam hanya perlu bersolat tanpa memgambil kira perbuatan yang ditegah oleh agama. Disebabkan perbezaan pendapat politik , surau dikampung Jali terpisah dan menjadi berpuak-puak. Pengasingan ini seterusnya mewujudkan peraturan Songkak-Kopiah menimbulkan dua puak yang berbeza mengikut pegangan politik masding-masing.
Gaya tulisan penceritaan novel ini sangat ringkas dan mudah difahami dan ia membuatkan penceritaan mudah untuk diserap dan difahami. Selain itu, penggunaan loghat kelantan dalam novel ini menarik minat aku untuk terus membaca contohnya penggunaan 'ghetok' (jambatan), 'sat ghoba'(jangan bimbang) dan banyak lagi. penggunaan ini sedikit sebanyak membuatkan aku terkenangkan kampung aku disebabkan aku juga adalah anak kelantan. Jalan cerita novel ini nampak hidup dan benar-benar berlaku dalam masyarakat kita. terutama ada babak yang membabitkan kanak-kanak iaitu Putera dan Sarah yang bermain-main disekeliling kampung dan tahu akan selok-belok pelosok kampung. Hal ini menjadi nostalgia bagi aku kerana seolah-olah zaman kanak-kanak aku berkongsi dengan Putera dan Sarah.
Akhir sekali, tahniah boh WAN SHAFIQ, demo berjayo buat kawe kembali ko zame budok-budok dulu denge baco karya demo nih. :-)
Assalamualaikum...

Comments
Post a Comment