Review novel DENDAM ANAK JAGOAN - AISA LINGLUNG & NAMI COB NOBBLER

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

  Habis sudah penjelajahan aku terhadap novel keluaran lejenpress ni iaitu DENDAM ANAK JAGOAN hasil nurkilan Aisa Linglung dan Nami Cob Nobbler ni. (terbelit plak lidah aku nk menyebut nama penulis yang ala-ala omputeh ni)

  Novel ini mengisahkan tentang Jalil yang ingin merampas balik maruah , harta , dan nasib keluarganya yang telah dirampas oleh Joe stereng kerana kekalahan yang teruk semasa perlumbaan kereta(race) diantara Joe Stereng dan Jusoh Turbo iaitu ayahnya dahulu. Mampukah Jalil  merampas balik segala hak keluarganya dengan bantuan Remy iaitu sahabat ayahnya Jusoh Turbo? Dan bagaimana Remy membantu Jalil dalam mengembalikan segala senyuman kepada keluargannya ini? persoalannya akan terjawab jika anda mendapatkan produk lejenpress ini dipasaran. (ehh, ni macam nak promote bagi pihak lejenpress je, huhu)

  ok, terus terang jelah, puaka yang menarik aku untuk terus menghabiskan novel ni adalah gaya bahasa dan penulisan yang unik dan lari dari klise-klise novel lain , contohnya didalam novel ni ada diselitkan dielek pantai timur seperti rege(harga) , demeh(diorang) , togok(meneguk) . Tapi setelah diimbas bagi , salah seorang penulis untuk novel ini berasal dari pahang iaitu Aisa Linglung. jadi tak hairanlah dielek pantai timur ada diselitkan didalam karya ni . satu benda lagi , pertama kali aku tengok cover novel ni sumpah aku cakap aku ingatkan novel ni berkenaan dengan pertarungan balas dendam boxing ke, muay thai ke atau yang seangkatan dengannya, Rupannya ia mengenai perlumbaan kereta (race) dan misi untuk merampas balik akan haknya .

  Selain itu , bagi aku novel ini bersifat jujur dan terbuka dari segi gaya tulisan dan pengunaan kata-kata kesat atau carut.(baik rupanya penulis ni ya). contohnya penggunaan perkataan 'butoh' , 'lahanat' , dan banyak lagi yang sememangnya betul-betul berlaku dikalangan masyarakat sekarang dan siap diamalkan lagi . Ternyata penulis tidak menipu dalam berkarya dan jalan cerita dalam novel ini juga amat dekat dengan masyarakat sekarang contoh dengan penceritaan akan si Jalil dan Razak Mohaimin  sepupunya yang merangkap kepada sahabat rapatnya yang mempunyai perangai gila-gila dan kelakar.

  Novel ini juga menonjolkan isi utamanya dengan unsur kekeluargaan contohnya Mak Jah , Jalil , dan Razak Mohaimin dan Ustazah Halimaton yang mempunyai hubungan saudara dan penglibatan mereka semua dalam perlumbaan Jusoh Turbo dahulu . Unsur persahabatan juga menjadi teras utama bagi novel ini yang menjadikan ia sebuah karya yang mampu berdiri sendiri contohnya persahabatan antara Jalil dan Razak Mohaimin dan Jusoh Turbo dan 'Remy Ishak'(bak kata Jusoh Turbo) sehinggakan Remy sanggup menolong keluarga Jalil dengan memberi kontrak kerja kepada Mak Jah dan menolong Jalil merampas semual maruah ayahnya Jusoh Turbo. semua itu dilakukan atas nama persahabatan yang erat .
 
  ok , ni last la bebelan aku , dalam novel ni ada sesetengah babak diceritakan terlalu detail contohnya proses Jalil hendak berak diceritakan satu persatu hinggakan cicak tengah skodeng Si Jalil tengah berak pun masuk sekali. walauapapun , ia diceritakan dengan penuh komedi dan kelakar dan aku rasa masa aku baca babak ni ia agak membantu aku dalam menghasilkan sixpack(ada sixpack ke macam makin berboyot je perut aku ni) .

  ok , setakat ni je review aku , mintak maaf lah jika ada banyak kekurangan dan aku tak nafikan akan kekhilafan aku itu , sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH S.W.T dan segala kekurangan itu datang dari aku.

Assalamuaikum.

 

Comments

Popular Posts