Filem dan Rahasia





Aku ke tayangan filem di galeri seni pusat bandar, didepan aku sekarang seorang pensyarahku sedang bercakap berkenaan hal-hal filem yang baru habis tayangan tadi. Panjang lebar teori-fakta filem yang keluar. Aku mengangguk kagum. Begitulah dia dalam kelas dulu, cakapnya, gayanya, isi bicaranya. Sama walaupun sudah 2 tahun aku tinggalkan sekolah seni itu. Tak lama kemudian, microfon diberi kepada pengarahnya pula.
                                                         ¤
Aku berbaring untuk siap-siap untuk tidur. “kenapa banyak dalam karya tuan meyelitkan unsur feminisme dan kekuatan wanita sedangkan tuan adalah seorang lelaki?” soalan dari audiens semasa tayangan filem tadi melintas dikepala. Aduh! Kenapa masa ini engkau harus datang. Aku mahu tidur ni! Bentak aku dalam hati. “sebab rahsia saya tidak dijaga oleh lelaki.” Kepalaku tiba-tiba kosong. Puisi-puisi cinta dan kehidupan bermain dikepala tiba-tiba.

"Tidak sempurna laki-laki tanpa seorang perempuan".

Eh! Puisi mana ni yang tiba-tiba berlegar dikepala. Aku sudah lupa dalam banyak helaian puisi yang aku telah baca.

Comments

Popular Posts