Sendiri-Sendiri



Tentang bulan yang makin suram cahayanya,
Kita sudahpun tanpa sedar larut dalam keterbatasan manusia dalam  saling melengkapi,
Semuanya sudah banyak sendiri-sendiri,
Tiada lagi yang saling menjagakan,
Terutamanya akan hal-hal hati,
Akan hal-hal rohani.

Semuanya makin banyak sendiri,
Pikir hanya keuntungan juga sendiri,
Pikir tentang senang juga sendiri,
Pikir tentang sedap pun sendiri,
Tidak mahu dan tidak akan pernah mahu cuba untuk 
Untung, senang, dan sedap 
Sama-sama. 

Selalu saja begitu,
Hanya mahu sendiri,
Tidak mahu sama-sama. 

Comments

Popular Posts