Review "Laki aku negro kau peduli apa?" by Dr Hayya Bilal

Fuhhhh!!! Power-power! Tu je yang boleh keluar dari mulut aku. Tahniah akak Hayyabilal. Buku bertajuk “laki aku negro apa kau peduli” sangat tajam mesejnya, santai bahasa penceritaannya dan geli hati jugak kadang-kadang terutama masa moment-moment di Africa di negara Encik suami .. Hahaha. Yang makan buaya tu tak menahannya. Sampai tergiang-giang ayat tu lepas habis tutup buku pun. 

Tapi kelemahan yang boleh nampak adalah dari sudut gambar yang diletakkan didalam buku itu kesemuanya hitam putih, hanya beberapa helaian belakang aje yang berwarna. Memasukkan unsur-unsur gambar untuk menghilangkan rasa boring membaca itu dah ok tapi gambar tu kalau banyakkan yang berwarna lagi cun tambah pula ada moment-moment manis di Afrika melengkapkan lagi mood pembaca untuk terus membuka buku. Pengunaan gambar hitam-putih menjadikan pemikiran kita terhadap negara sana banyak yang kelam, tragis, sadis walaupun banyak gembira tawa keadaan disana. 

Ideologi buku ini juga sangat jelas, pencerahan tentang warga asing/negro/mat kopi/ banyak lagi panggilan kita terhadap diorang yang tak semua bangsa diorang jahat/pengedar dadah/ mafia dan penjenayah etc. Selain itu, buku ini juga berjaya menceritakan sisi hidup perspektif diorang terhadap kita contohnya perasaan Encik suami penulis yang tak tahan untuk terus tinggal di Malaysia kerana masyarakatnya yang rasis dan memandang warna kulit, luaran saja. Malah penulis juga berjaya menceritakan survival dia dan anak-anaknya yang pan afro afrika yang juga turut dipandang jelek orang sekeliling. Tersentuh sekali dengan penceritaan si Ibu bilamana anak-anak mengadu tidak suka akan rambutnya yang afro dan berkulit hitam lantas si Ibu memceritakan kisah sahabat nabi, Bilal bin Rabah. MashaAllah, manis sungguh pujukan si ibu sambil berpesan yang Allah tidak memandang luaran tapi dalaman hati kita, sungguh menenangkan hati saya sebagai pembaca dan banyak lagi moment-moment membesarkan anak-anak beliau. 

Terima kasih akak penulis untuk buku yang awesome ni, semoga terus sukses dunia akhirat. Amin. Teruskan mengubah minda buruk masyarakat terhadap mereka-mereka ini. Walaupon ada yang teruk tapi tak semua, sama juga seperti kita, ada yang baik ada yang sedikit hanyir hatinya. Allah tidak memandang rupa tapi yang paling bertakwa itu yang dilihat. 

Btw untuk royalti buku ini akan disumbangkan untuk sekolah masyarakat  disana yang ditubuhkan oleh penulis. So alang-alang dapat buka minda boleh beramalkan. Banyak pahala dapat. Jemput belilah semua ya. Banyak lagi input yang korang boleh dapat. 

 Highly Recommended! *Thumb up 😘👍




    

Comments

  1. http://jmbelog.blogspot.my/2016/05/blogger-170-dunia-sementara-mohd-fais.html

    ReplyDelete
  2. http://jmbelog.blogspot.my/2016/05/blogger-170-dunia-sementara-mohd-fais.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts