Review Buku "Tuan Direktur"- Hamka

Seperti biasa, Pak Hamka dengan tulisan magiknya menampilkan mesej-mesej sarat dengan pedoman hidup. Karya ini menyaksikan akan Jazuli atau Tuan Direktur yang mempunyai banyak kedai-kedai emas, hotel dan banyak lagi perusahaan yang lain hingga berjaya dan kaya raya. Yang dulu si tuan direktur ini seorang yang luhur hatinya, banyak teman-temannya tapi mula berubah sikap bila meletakkan harta diatas kepala lebih dari hati budi yang kaya tak terkata. Pak Hamka bijak dalam menyampai kata, mencuci daki-daki kotor dosa manusia dengan tulisan. Hasilnya terlahirlah manusia yang kaya budinya, tidak berharta tapi masih selesa malah bersederhana hidupnya melalui watak pak yasin dan fauzi yang dipersembahkan. Golongan seperti merekalah yang menarik golongan susah dan buta huruf yang lain untuk berjaya dan cari makna dalam hidup. Bukan harta yang membuatkan kita kaya dan beekuasa, tapi pekerti tinggi, akhlak mulia kunci segala. 

Karya ini juga menceritakan perihal persahabatan, antara yang telus dan yang sebaliknya, contohnya persahabatan antara pak yassin dan fauzi serta penduduk miskin yang lain semasa pak yassin ditahan di lokap dan persahabatan tuan direktur dengan teman-temannya yang hanya memuji melambung tinggi di depan mata tetapi mengata mencerca di belakang si tuan direktur. Juga perihal dangkalnya tuan direktur sampai tinggal rasa iri dalam diri melihat orang lain berjaya serta berkawan dengan "orang halus" untuk segala perancangan dalam berniaga. 

Walaupun dalam bahasa Indonesia demi untuk mengekalkan keaslian karya Pak Hamka, tapi bagi aku masih boleh faham dan boleh nak link dengan perkataan yang lain dan terdapat glosari Indonesia-malaysia dibelakang helaian buku untuk pemahaman. 

Terima Kasih. 




Comments

Popular Posts