Review Fixi Bongkar : Faizal Sulaiman

Berkesempatan untuk membaca novel  BONGKAR terbitan Fixi, idea yang hebat dari Faizal Sulaiman ini lebih kepada cerita masa hadapan yang dimana situasinya adalah tempat atau bandar yang rosak dan musnah berserta pemerintahan oleh Ratu yang kejam dan korup.

Ia mengisahkan tentang Hud, seorang bekas detektif yang ingin menyiasat tentang pembunuhan gundik-gundik Sorjono, ketirisan pemerintah Ratu yang kejam , dan Mem Dara. Hud dibantu oleh Uma, seorang wartawan dan Bayu, bekas rakan sekerjanya. Siapakah yang bersalah dalam skandal ini? nak tahu kesudahannya kena baca buku ni.

Membaca buku sepertinya menonton filem Hunger Games versi Malaysia dengan ‘setting’ tempatnya ‘ruin’ dan rosak dan hanya Menara Ratu dan Bar Asmara Juita yang hidup, dengan kostum golongan atasan yang berwarna-warni dan berambut pelbagai warna.

Ia dikembangkan pula dengan dengan kisah hikayat si Penghukum yang bersayap hitam dengan yang bersayap putih untuk mengaitkan diantara pembunuhan yang terjadi. Pembunuh juga meninggalkan bulu pelepah hitam dikawasan pembunuhan untuk menguatkan lagi kepercayaan terhadap hikayat tersebut.

Ada twist ending yang korang mungkin tidak terjangka diakhir cerita. Apa-apa pun memang tak rugi beli buku BONGKAR ni..  Congrats..


:gambar daripada ihsan En.Google.. 



                                                                        



                                      

Comments

Post a Comment

Popular Posts