Review Novel 'Mutiara Hatiku Rafflesia' - Bill Bora

‘Anis Sophea mencari cinta sejati, mengharungi lautan luas, mencari sebutir mutiara hati.’

  Ayat itu merupakan penghias bagi kulit novel ‘Mutiara Hatiku Rafflesia’ hasil tangan Bill Bora. Novel ini menceritakan tentang pencarian cinta sejati oleh Anis Sophea yang mana dihimpit oleh empat jejaka iaitu Haris, anak golongan kaya, Zarul teman sekerja Anis, Ikmal seorang model dan Andrian seorang jurugambar yang saling bersaing untuk memenangi hati gadis ini. Banyak perkara yang akan berlaku dan mampukah diantara mereka berempat memenangi hati Anis Sophea ini?

  Bagi aku, yang paling kuat dalam novel ini adalah isu diantara restu ibubapa dan kasih sayang terhadap kekasih. Ini boleh dilihat masa babak dimana semasa majlis makan malam, Haris hanya terkaku melihat Anis dimarah oleh ibunya Puan Zaitun. Dia seolah-olah pening untuk memilih memihak kepada ibunya atau mempertahankan cinta hatinya Anis.

  Selain itu, aku suka dengan idea kisah cinta Bill Borra terhadap novel ini. Ia membawa isu cinta 5 segi yang melibatkan ramai pihak dan mengembangkan lagi jalan cerita terhadap novel ini.
Tak lupa juga sekarang ni Bill Borra sedang giat mencari para pelakon untuk difilemkan cerita ini ke layar perak. Jika anda berminat untuk berlakon, bolehlah postkan gambar anda bersama buku ini di instagram @BillBorra.. syarat-syarat yang diminta untuk pencarian pelakon terdapat di dalam novel tersebut dibahagian depan.. insyaAllah ada rezeki dapatlah..  J


Comments

Popular Posts