Review filem jin - arahan PIERRE ANDRE

  Alhamdulillah, baru saja selesai menonton filem Jin arahan pengarah muda yang bergenre seram Pierre Andre. Aku sebenarnya tak berapa suka sangat nak melayan filem seram ni tapi dah orang belanja jadi sambar jelah.huhu.. tapi yang penting sokong filem keluaran anak tempatan, ni asyik tengok filem luar nagara je.

   Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri yang baru berpindah disebuah rumah. Tak lama kemudian, mereka mula diganggu oleh benda-benda halus tersebut. Pada mulanya mereka tak percaya akan benda-benda macam ni tapi setelah semakin menjadi-jadi gangguannya mereka mulai percaya. Selepas itu, Tok Wan pulak iaitu nenek kepada si isteri tersebut dihantar ke rumah tersebut untuk dijaga oleh si isteri itu. Gangguan semakin menjadi kerana Tok Wan juga membela makhluk halus itu. Jadi apakah yang terjadi kepada pasangan suami isteri terbabit? kalau nak tahu pakat pergi ramai-ramai menonton filem Jin ini.

  Ok baiklah, bagi filem ini aku rasa banyak bermain dengan unsur suspen dan mengejut. Jadi bermakna babak seram yang ingin disampaikan oleh pengarah sampai dikalangan penonton tetapi apa yang sedihnya filem ini ingin menonjolkan yang watak Tok Wan membela benda halus itu namun ia kelihatan tidak sampai kerana tidak babak Tok Wan yang ditunjuk. Yang menjadi tandanya adalah semasa babak Tok Wan meminta telur rebus ketika cucunya itu mengajaknya makan sekali.

  Klise yang paling jelas berkenaan filem ini adalah penceritaannya seakan-akan meniru filem seram barat iaitu 'The Conjuring' contohnya semasa babak kanak-kanak sedang bermain sembunyi-sembunyi didalam rumah dan kemudiannya diganggu oleh Jin tersebut. Selain itu, watak semasa Tok Wan dirasuk juga sama seperti babak dimana watak ibu didalam filem 'The Conjuring' yang mana ia dilitupi oleh kain putih dan darah keluar melalui mulut kedua-dua watak itu.
 
  Namun apa yang aku suka dalam filem ini adalah pengarah pandai bermain dengan sinematografi yang menarik dan menjadikan sesebuah babak itu kelihatan lebih menarik lagi. Selain itu, mekup dan kostum yang dikenakan oleh watak Jin itu menjadi dan sampai perasaan seram terhadap penonton.

  Tapi yang sedihnya filem ini kurang menonjolkan unsur agama islam yang sememangnya sudah menjadi nadi kita bangsa melayu untuk menyandarkan kepada agama islam. Contohnya unsur islam hanya disandarkan kepada ustaz yang datang untuk menolong pasangan suami isteri tersebut. Malah watak utama iaitu suami isteri terbabit juga langsung tidak diselitkan unsur-unsur agama. Perjalanan cerita filem ini juga nampak gopoh dan terlalu laju. Tengoklah sendiri bagaimana watak utama diperkenalkan dengan secara laju dan masalah gangguan itu berlaku dengan cepat ditambah dengan kehadiran ustaz dengan tiba-tiba.

  Akhir kata, filem ini muncul dengan idea yang baru iaitu menggunakan Jin sebagai perkembangan cerita yang selalu kalau dalam filem seram pengarah asyik menggunakan Syaitan atau hantu sebagai gangguan masalah ini. Namun unsur agama islam haruslah ditambah lagi untuk memantapkan lagi penceritaan filem ini dan sinematografi, mekap dan kostum amat menarik digunakan dalam filem ini.

  Sekian sahaja pandangan saya terhadap filem ini yang saya rasa masih lagi mentah untuk memberi kritikan serta penulisan saya yang masih lagi tumpul. Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan segala kekurangan itu datang dari saya sendiri.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.  :)

          



Comments

Popular Posts