Ahmad Ammar- Perjuangan Belum Selesai..

Assalamuaikum dan salam sejahtera semua..

Baiklah entri kali ini adalah tentang seorang mujahid Ahmad Ammar  Ahmad Azam. Terus-terang  aku cakap, sepanjang aku membaca buku 'Cerita Cinta Ahmad Ammar-Perjuangan belum selesai' ini bulu roma aku berdiri seriau. Mungkin sebab aura mujahidnya kekal hidup hingga hari ini, arwah sepanjang hidupnya juga adalah seorang yang pendiam dan petah apabila dah rapat , seorang yang penyanyang dan suka membantu orang. Tidak dinafikan semasa zaman kecilnya, beliau telah dididik dengan nilai-nilai agama oleh ibubapanya dengan menghantarnya ke sekolah agama. walau tanpa perhatian ibubapanya, dia tetap membesar dengan menjadi seorang manusia yang baik akhlaknya dan tebal adapnya.


  Ibubapa beliau berjaya mendidiknya menjadi seorang hamba ALLAH yang taat lagi merendah diri. Ini kerana keputusan ibubapanya untuk menghantar Ahmad Ammar ke sekolah agama adalah sangat baik dan tepat , selain itu dia juga  menyertai kelab taekwando disekolah mempelajari seni mempertahankan diri dan seterusnya berguna untuk membesar sebagai seorang lelaki. Semasa sekolah menengah, dia juga aktif dalam bidang sukan terutamanya dalam permainan sepak takraw. Selepas tingkatan tiga juga, dia telah memohon untuk menyertai Maktab Tentera Diraja (RMD). Pada mulanya dia tidak mahu memasuki sekolah tentera tersebut tetapi setelah dipujuk oleh emaknya , dia bersetuju untuk bersekolah disitu. Emaknya juga ada berkata 'Ammar will be able to through it with flying colours' untuk memberi semangat kepadanya .  Semasa di tingkatan lima ,dia merupakan pelajar kedua cemerlang di sekolahnya dan selepas itu, dia telah menyambung pelajarannya di tanah Al-Fateh iaitu di negara Turki dalam bidang sejarah .

   Kebanyakkannya tak ramai budak yang berprestasi tinggi menyambung ke arah bidang tersebut kerana tidak menjamin masa depan dan sebagainya tetapi tidak bagi Ahmad Ammar kerana dia berbangga dapat menyambung dalam bidang berkenaan . Ahmad Ammar ketika hayatnya merupakan seorang remaja yang tidak dikenali namun menjadi tokoh dan tauladan selepas kematiannya . Didalam buku notanya juga ada ditulis yang 'di dunia ini tempat berpenat , di akhirat sana tempat berehat' , Sesungguhnya kematiannya benar-benar telah menghidupkan jiwa-jiwa muslim yang leka dan lalai akan hal duniawi dan akhirat sana .

  Semoga dengan semangat dan budi pekertinya mampu memberi inspirasi kepada semua untuk terus berjuang dijalan ALLAH dan seterusnya menjadi hambanya yang patuh lagi beriman..

Al-Fatihah..
 


Check out @mohamadfais5's Tweet: https://twitter.com/mohamadfais5/status/479144259832913920


Ini pula adalah link youtube bagi secebis kisah hidup arwah ahmad ammar :
https://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE&feature=youtube_gdata_player

Comments

Popular Posts