Review Novel 'Mutiara Hatiku Rafflesia' - Bill Bora
‘Anis
Sophea mencari cinta sejati, mengharungi lautan luas, mencari sebutir mutiara
hati.’
Ayat itu merupakan penghias bagi kulit novel
‘Mutiara Hatiku Rafflesia’ hasil tangan Bill Bora. Novel ini menceritakan
tentang pencarian cinta sejati oleh Anis Sophea yang mana dihimpit oleh empat
jejaka iaitu Haris, anak golongan kaya, Zarul teman sekerja Anis, Ikmal seorang
model dan Andrian seorang jurugambar yang saling bersaing untuk memenangi hati
gadis ini. Banyak perkara yang akan berlaku dan mampukah diantara mereka
berempat memenangi hati Anis Sophea ini?
Bagi
aku, yang paling kuat dalam novel ini adalah isu diantara restu ibubapa dan
kasih sayang terhadap kekasih. Ini boleh dilihat masa babak dimana semasa
majlis makan malam, Haris hanya terkaku melihat Anis dimarah oleh ibunya Puan
Zaitun. Dia seolah-olah pening untuk memilih memihak kepada ibunya atau
mempertahankan cinta hatinya Anis.
Selain
itu, aku suka dengan idea kisah cinta Bill Borra terhadap novel ini. Ia membawa
isu cinta 5 segi yang melibatkan ramai pihak dan mengembangkan lagi jalan cerita
terhadap novel ini.
Tak
lupa juga sekarang ni Bill Borra sedang giat mencari para pelakon untuk
difilemkan cerita ini ke layar perak. Jika anda berminat untuk berlakon,
bolehlah postkan gambar anda bersama buku ini di instagram @BillBorra..
syarat-syarat yang diminta untuk pencarian pelakon terdapat di dalam novel
tersebut dibahagian depan.. insyaAllah ada rezeki dapatlah.. J
Comments
Post a Comment