Aku, buku dan cuti sem..
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua,
Saat cuti semester macam nilah yang kadang-kadang buat aku jadi gila dan
tak tahu nak buat apa, nk kerja?? Sangkut dengan buat lesen kereta, tambah pula
aku dah beberapa minggu keliling kawasan kerja aku dulu tapi masih tak
dapat-dapat lagi, ada je iklan bertulis ‘jawatan kosong’ tapi masa temuduga tu
bila dengar je aku tengah cuti sem dan tinggal sebulan je, dah tahu dah jawapan
daripada mereka semua.
Tapi aku tak risau, cuti aku bertemankan buku koleksi nurkilan Abang
Hilal Asyraf, ‘Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada’. Bagi aku naskah ini
mengambil masa yang lama untuk aku habiskan, mana taknya buku tu aku beli masa
pertengahan semester 3 lagi sampailah sekarang masih belum habis lagi. Bukan susah
nak habiskan buku tu tapi olahan terhadap sesuatu bab tu buat aku terfikir
sejenak, cukupkah amalan aku untuk mengetuk syurga ilahi,
Tak dinafikan aku suka tulisan yang ditulis sebab ia mudah difahami dan
maklumat yang disampaikan mudah untuk diserap, dan untuk pengetahuan korang
jugak, selain buku ini, ‘Langit Vanila’ hasil masakan miss Wani Ardy juga
begitu susah untuk dihabiskan. Ia tak dinafikan aku suka dengan bait-bait
tulisan yang mereka coretkan, tambahan pulak karya-karya dia seoalah-olah
mempunyai soul atau roh yang
sememangnya tampak segar untuk sentiasa dibaca.
Tapi disebalik semua yang berlaku kat aku sepanjang cuti ini aku rasa
ada hikmahnya, dan mungkin betullah siapa yang lewat atau tak menunaikan solat
subuh dan bangun pagi, rezekinya sempit. Aku tersedar yang aku selalu bangun
lewat pagi, ada satu masa tu pukul 12 baru bangun. Mungkin hubungan aku dengan
ALLAH masih lagi renggang dan aku pulak masih lalai dalam menunaikan tanggungjawab
sebagai seorang muslim.
Buku ‘Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada’
banyak menyedarkan aku akan naifnya aku dalam berhubungan dengan ALLAH, ia aku
solat, dan berbuat perkara dalam rukun islam yang lain tetapi ikhlaskah solat
aku? Aku solat itu demi ALLAH atau hanya menurut arahan mak ayah aku? Aku tekad
untuk berubah dan menjadi seorang yang lebih baik lagi, tetapi nafsu aku ni ada
saja yang berfikiran jahat untuk terus alpha dalam setiap benda.. L
InsyaALLAH dalam proses untuk
menghabiskan bacaan buku itu dan harap aku menjadi lebih baik dan tersedar dari
mimpi-mimpi yang melangit tu. Doakan aku dan korang semua menjadi insan yang
lebih baik dari hari-hari sebelum ni.. Amin2..
p/s : sorry tulisan macam budak tadika sikit.. :P
Comments
Post a Comment